Sayu : Sayang bagun lah kenapa jadi macam ni ... Adik Najwa temui ajal dengan tragis (5Gambar)

JASIN : Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mati lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan najis di Sekolah Rendah Agama Jaim Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai di sini petang tadi.
Mangsa, Raja Nur Najjwa Ariana Raja Mohamad Shahrunizam yang merupakan murid sekolah agama berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam satu daripada empat lubang najis sedalam 3.7 meter ketika bermain dengan beberapa rakannya pada waktu rehat kira-kira 4.45 petang.


"Mangsa terjatuh ke dalam salah satu lubang daripada empat kumbahan yang dihubungkan dalam satu tangki besar yang dipenuhi najis sedalam kira-kira 3.7 meter (12 kaki).
"Kita terpaksa menyedut keluar separuh daripada air kumbahan berkenaan sebelum mangsa ditemui kira-kira 5.30 petang," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penguasa Bomba Masri Ibrahim.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke hospital. - Bernama