Sayu :Motosikal dilanggar dia jatuh dan bangun cuba selamat isteri namun dia maut dilanggar (5Gambar)

KOTA BHARU: Seorang penoreh getah maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh dua kereta dan diseret hingga 100 meter di Kampung Dendang, Ketereh, di sini, pagi tadi. 

Dalam nahas itu jam 6.30 pagi, penunggang motosikal, Mohd Noor Idris, 60, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala isterinya, Noraini Deraman, 52, patah kaki. Ketika kejadian, pasangan suami isteri itu yang tinggal di Kampung Laka dalam perjalanan untuk menoreh getah di Kampung Dendang.


Bagaimanapun, sebaik keluar daripada simpang, motosikal yang ditunggang mangsa dirempuh sebuah kereta menyebabkan mangsa terjatuh. Pada masa sama, sebuah kereta lain dipercayai Kenari dari arah sama turut merempuh mangsa. 


Akibat rempuhan kuat itu, penunggang motosikal diseret sehingga 100 meter dan maut di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mangsa yang maut dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ 11).-BH