Rita teruja hantar anak sulung nya ke Sekolah masuk darjah satu (6Gambar)

KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan yang bermula hari ini turut menyaksikan beberapa anak selebriti tanah air melangkah ke alam baharu dengan memasuki darjah satu. Antara artis yang mula menghantar anak masing-masing ke sekolah tahun ini ialah Rita Rudaini. 

Rita yang dihubungi BH Online memberitahu, anaknya, Airit Rayyan Rizqin, cukup teruja untuk ke sekolah sejak awal pagi tadi. Katanya juga, beliau bernasib baik kerana anak sulungnya senang bangun pagi apabila sudah diasuh berbuat demikian sejak dulu lagi. 





"Saya sendiri tidak keruan jadinya kerana inilah pengalaman pertama menguruskan anak ke sekolah.

Apabila saya hendak pakaikan baju sekolah, dia sendiri yang beriya-iya teruja nak pakai sendiri. "Lucunya, saat mula naik ke kereta untuk menghantarnya ke sekolah, dia bertanyakan mengenai kad namanya. 

Rupa-rupanya, saya tertinggal kad nama terbabit di rumah. Mulalah saya gelabah dan panik tak tentu fasal. "Dalam perjalanan ke sekolah pula, dia siap suruh saya pasangkan lagu daripada filem Dilwale. 


Dia pun 'demam' filem berkenaan macam saya. Setibanya di sekolah, dia turun kereta dan tinggalkan saya menuju ke kelasnya. Nampak sangat dia begitu teruja nak bersekolah," cerita Rita mengenai gelagat Airit. -BH