Wajah penjawat awam jiran mangsa bunuh kerani sekolah agama didedahkan

Muar : Penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir Muar di sini bulan lalu.

Tertuduh, Zurailie Muhamad, 30, bagaimanapun hanya mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap,di sini, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes.-HM

Gambar kenangan Arwah suami dan anak :


Sedih nya ... Gambar kenangan Arwah suami dan anak, anak kecil yang kehilangan seorang ibu akibat kekejaman seorang lelaki .. semoga suami arwah tabah membesarkan anak kecil ini walaupun tanpa ibu.



1 ulasan:


Lagi Gambar ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Reply