Sayu : Identiti 5 sekelurga lemas di hanyut kepala Air .. Imam Halim isteri dan 3 anak perempuan maut (7Gambar)

HULU TERENGGANU : Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan mati lemas ketika mandi manda di Air Terjun Belukar Bukit di sini tengah hari tadi.
Kesemua mangsa yang berasal dari Selangor itu dikenal pasti sebagai Abdul Halim Samian, 44, Nurul Adila@Salawati Awang, 39, Nurul Arifah Abdul Halim, 16, Nurul Aina Abdul Halim, 11, dan Nurul Izah Abdul Halim, 10.
Abdul Halim atau lebih dikenali dengan nama Imam Halim iman surau fasa 2 Puncak Alam, beliau meninggalkan anak lelaki tunggal yang terselamat dari tragedi malang itu.





Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd. Yusof berkata, seorang lagi mangsa, Mohd. Hasif Abdul Halim, 9, bagaimanapun selamat.
Beliau berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.35 pagi dan 11 anggota telah dikerah ke tempat kejadian.
"Mayat seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak perempuan dijumpai pada pukul 12.17 tengah hari, pada pukul 12.33 tengah hari mayat seorang perempuan dewasa pula ditemukan," katanya. - Bernama