Sayu : Baju, Seluar ,Tudung di jumpai kini pakaian dalam pula di temui .. jasad nya masih hilang ? (6Gambar)

KUCHING : Pada jam 10.12 pagi ini pihak maritim telah menemui pakaian dalam mangsa di lokasi yang mana baju dan seluar mangsa ditemui semalam. Pakaian tersebut telah diserahkan kpd pihak polis utk pengesahan pihak keluarga mangsa.

Petugas JPAM yang mengambil bahagian dalam operasi SAR mencari jururawat Nuru Wazieyana Mohd. Yusof menjumpai pakaian iaitu baju biru, tudung dan anak tudung, disyaki pakaian terakhir mangsa di lokasi 5 km dari tempat kejadian.




Menurut pegawai JPAM, polis telah dipanggil ke tempat lokasi barangan ditemui. Barangan di serah kepada pihak polis sebagai barang bukti.

Rutin rondaan pesisir masih diteruskan oleh agensi penyelamat.Satu lagi klu baharu iaitu penemuan seluar hitam milik jururawat Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, 23 tahun dari Tangkak, Johor yang dipercayai hilang 3 hari lalu di Pasir Panjang di Kuching dijumpai petang tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii memberitahu ia dijumpai di tempat yang sama baju dan tudung ditemui.

Ketika itu, jelasnya beliau memantau bersama 6 anggotanya di kawasan yang sama iaitu 3 kilometer dari tempat kejadian dan kurang 5 minit anggota bomba yang lain menjumpai seluar tersebut hanyut dibawa gelombang dan koyak di bahagian punggung, lutut dan paha.

Beliau menjelaskan, rakannya mengesahkan bahawa ia merupakan seluar mangsa yang digunakkanya pada hari kejadian.

Sehubungan itu, Tiong memberitahu pihaknya dengan bantuan JPAM, APMM serta pasukan polis akan meneruskan operasi sehingga 7 malam dan mereka akan lebih fokus kepada kawasan pakaian mangsa ditemui dan kemungkinan mangsa juga akan ditemui di tempat yang sama.

Manakala di bahagian darat pula akan diteruskan sehingga malam.

Seluar tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk ujian forensik.

Pada pukul 1.00 petang tadi, anggota JPAM menjumpai baju, tudung dan pin tudung yang disyaki terahkir dipakai mangsa di lokasi yang sama./ROSE


1 ulasan:

Lagi Gambar ...
Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Reply