Sayu : Azwan kongsi status di Alam Kubur di laman sosial 2 hari sebelum kematiannya

GEORGE TOWN : Seorang juruteknik kilang yang maut dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Bayan Baru di sini pagi semalam seolah-olah tahu akan pergi buat selama-lamanya apabila sempat berkongsi status terakhirnya di dalam laman sosial Facebook mengenai kematian.
Mangsa, Azwan Hadi  Mohd. Nor (gambar kecil), 36, dikatakan berkongsi semula gambar terakhir pada pukul 8.14 malam Khamis lalu yang memaparkan kata-kata tentang soalan yang akan diajukan ketika di alam kubur.


Sebahagian status yang dikongsinya berbunyi: “Di dalam kubur, malaikat akan tanya, siapa Tuhan kamu? Allah. Siapa Nabi kamu? Rasulullah. Apakah kitab kamu? al-Quran. Apakah pegangan kamu? Jihad fisabilillah.”
Azwan yang berasal dari Kampung Salor, Kota Bharu, Kelantan itu maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Wira yang dipandunya bertembung dengan sebuah van pekerja kira-kira pukul 6 pagi semalam. Credit Kosmo, Harian Metro