Foto-foto Tun Abdullah Badawi menunaikan umrah bersama keluarga (4Gambar)

Tentu ramai yang merindui Tun Abdullah lihat lah foto-foto terkini Tun menunaikan ibadat umrah bersama keluarga nya.




Sedikit Latar Belakang Tun :

YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak sulong kepada Haji Ahmad Bin Haji Abdullah Fahim atau lebih dikenali sebagaiAhmad Badawi dan Datuk Khailan Binti Haji Hassan

Tun Abdullah berasal daripada keturunan keluarga ulama terkenal di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, Kepala Batas (1947-1950) hingga darjah empat dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang untuk pengajian diperingkat Tingkatan Enam. Pada tahun 1957, semasa berada di tingkatan lima beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Pulau Pinang dan Seberang Prai (PPMPPSP). 

Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya, amat aktif dalam isu-isu pendidikan orang Melayu, pada tahun 1962 beliau telah dilantik sebagai Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan seterusnya pada tahun 1964 beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam.
  • Tarikh lahir : 26 November 1939
  • Tempat lahir : Kepala Batas, Pulau Pinang
  • Pasangan : Allahyarhamah Tun Endon Mahmood (24 Disember 1940 - 20 Oktober 2005)
                         Tun Jeanne Abdullah
  • Agama : Islam

  • Latar Belakang Keluarga

Tun Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarhamah Tun Endon Dato' Mahmood Ambak pada tahun 1965. Setelah 40 tahun bersama, Tun Endon telah meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 20 Oktober 2005. 

Mereka dikurniakan 2 orang anak iaitu Datuk Kamaluddin dan Puan Nori. Tun Abdullah kemudiannya berkahwin dengan Tun Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. Tun Jeanne mempunyai 2 orang anak perempuan iaitu Nadiah Kimie dan Nadene Kimie. Credit ptab.jpm.my