Ajak Shiro rasa Janggal bergandingan dengan Datuk Hattan ?

Pelawak Ajak Shiro merasa janggal apabila digandingkan bersama Datuk Hattan dalam kumpulan Juri, tidak pernah bekerjasama dengan penyanyi itu sebelum ini.

"Ini pertama kali kami bergandingan dalam sebuah program. Pada mulanya, saya rasa agak janggal dan risau kerana dia merupakan seorang penyanyi yang mempunyai nama besar dalam bidang nyanyian.

"Namun begitu, rasa itu hilang selepas saya mula mengenali dirinya. Saya senang bersamanya kerana dia seorang insan seni yang sangat berdedikasi. Dia juga seorang yang menepati masa," kata Ajak kepada Astro Gempak.
Muncul solo dalam persaingan kedua #JuaraParodi menyanyikan lagu Sonata Musim Salju dendangan asal Hazami, Ajak menjelaskan Hattan mempunyai komitmen lain yang telah dirancang terlebih dahulu. 

"Dia mempunyai komitmen lain yang harus dilunaskan pada malam ini. Saya dan pihak produksi telah maklum dengan perkara ini. Dia juga telah terlebih dahulu merakamkan video dia menyanyikan bahagiannya.

"Sebelum saya mula buat persembahan pun, dia ada menghubungi saya dan bertanyakan adakah semuanya berjalan lancar atau pun tidak. Dengan semangat yang dia berikan, saya rasa dia ada bersama saya pada minggu ini," kata Ajak yang ditemui usai program #JuaraParodi.

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki akan bertindak selaku juri tetap. #JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015. -Astro Gempak 


1 ulasan:


Lagi Gambar ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Reply