Tahniah .. Selamat Pengantin Baru Pelakon Jelita Maria Farida (7Gambar)

KUALA LUMPUR : Pelakon Maria Farida yang sebelum ini dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat akhirnya selamat bergelar isteri dalam satu majlis sebentar tadi.
Perkara itu didedahkan menerusi laman Instagram pelakon Fasha Sandha yang hadir pada majlis pernikahan Maria, 45, yang bernikah dengan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk.





Desas-desus mengenai berita perkahwinan pelakon filem Datin Ghairah itu tersebar kebelakangan ini. Namun, dia enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan itu apabila dihubungi Kosmo! pada 23 November lalu.
Turut hadir dalam majlis itu ialah aktres, Datin Seri Tiara Jacquelina. - K! ONLINE