Sayu : Tolong !! isteri saya keluh nya ...Isteri Uncle Yeap maut digilis lori kontena depan mata nya (6Gambar)

GEORGE TOWN : Seorang suami melalui pengalaman ngeri apabila melihat isterinya maut digilis dan diseret de­ngan sebuah treler kontena sejauh 50 meter ke hadapan dari persimpangan lampu isyarat di Batu Uban, Jalan Sultan Azlan Shah di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mayat, Ching Kim Hiang, 72, ditemui tertiarap di bawah kenderaan berat terbabit dalam keadaan muka dan badan cedera parah manakala kaki kanannya hancur akibat digilis.
Bagaimanapun, suaminya, Yeap Hun Cheng @ Yap Hun Cheng, 78, yang me­nunggang motosikal jenis Honda EX5 hanya mengalami kecederaan pada muka, tangan dan kaki.




Sebelum insiden berlaku, lori kontena yang dipandu seorang lelaki ber­umur 35 tahun termasuk motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri tersebut dalam perjalanan menghala ke Bayan Lepas dari arah Gelugor.
Pegawai Turus Trafik negeri, Deputi Superintendan Tan Boon Hooi berkata, siasatan awal mendapati, lori kontena terbabit dikatakan telah bergesel dengan motosikal mangsa sejurus tiba di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
“Akibatnya, kedua-dua mangsa bersama motosikal yang dinaiki mereka terjatuh ke atas jalan sebelum diseret lori kontena berkenaan sejauh hampir 50 meter.
“Dalam kemalangan tersebut, pembonceng wanita disahkan mati di tempat kejadian manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan. Dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini. R.I.P