Sayu : SubhanAllah Bayi dicampak dan ditinggal kan atas lantai .. tetapi keajaiban berlaku (4Gambar)

Klang : Bayi lelaki tanpa pakaian yang masih hidup dan bertali pusat ditemui orang awam di lantai pondok taman permainan Kota Bayu Emas, di sini, pagi tadi.
Bayi itu diselamat kira-kira 8 pagi oleh lelaki berusia 32 tahun yang juga penduduk di kawasan terbabit selepas dimaklumkan mengenai bayi berkenaan oleh lelaki warga asing.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, bayi yang ditinggalkan dalam keadaan masih terdapat sisa darah tanpa seurat benang itu menangis ketika ditemui, itu lah keajaiban Allah lindungi bayi yang tidak berdosa ini.
"Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR, Klang dengan ambulans.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu, diminta tampil membantu siasatan," katanya.