Sayu :Pak Yus telah tiada .. Pucat raut wajah terakhir nya .. jenazah akan disemadikan di Perlis (8Gambar)

Foto 2 jam sebelum Pak Yus pergi dijemput ilahi, foto ini di kongsi oleh peminat Allahyarham semasa bersama-sama Pak Yus di Program Raja Band di Dataran Merdeka malam tadi.

Pak Yus juga dalam sebuah artikel turut memberitahu dia terkejut apabila dalam satu pemeriksaan kesihatan, doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung selain tahap kolestrol dalam badan terlalu tinggi.





Allahyarham dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan.

Pada tahun 2007 Yus mencuba nasib di program Raja Lawak terbitan Astro yang pertama kali diadakan dan berjaya menjadi Juara program tersebut pada 11 Mac 2007.

Menerusi pertandingan itu yang diundi peminat secara khidmat pesanan ringkas (SMS), Yus menerima hadiah berupa kereta antik iaitu TD 2000 dan wang tunai RM20,000.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Yus menjual kereta kemenangan itu kepada seorang taukeh Cina di Ipoh kerana kesempitan wang akibat tiada tawaran selepas menjuarai pertandingan berkenaan.

Pada tahun 2011 pula, Allahyarham bergandingan dengan Tauke dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut.

Jenazah Pak Yus akan dimandi, kafan dan Solat di Hospital Selayang sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan dikampung halaman nya di Perlis.


1 ulasan:


Lagi Gambar ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Reply