Baddrol Bakhtiar pilih guru matematik pasangan hidupnya ..12 gambar Majlis Pernikahannya


Pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar, 27, menamatkan zaman bujangnya, semalam apabila memilih guru Matematik, Nur Izyan Mustafa Khalid, 27, sebagai suri hidupnya. 


Baddrol atau lebih dikenali sebagai Bad dan Nur Izyan, sah sebagai suami isteri selepas diijab kabul dalam satu majlis di kediaman pengantin perempuan di Taman Peruda Utama, di sini, dengan kedua-dua mempelai mengenakan buasan sedondon berwarna putih. 

Dia yang turut menyarung jersi skuad kebangsaan ketika ditanya mengakui Nur Izyan yang mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di sini, kurang meminati bola sepak, namun tetap mengharapkan perkahwinan itu akan memberi semangat untuknya meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.













"Walaupun isteri tidak meminati bola sepak, saya bersyukur dia sangat memahami memandangkan saya sentiasa sibuk dan mempunyai jadual tidak menentu.


 "Dia juga seorang yang sangat menghormati saya dan keluarga selain seorang yang peramah," katanya yang kini sibuk menjalani latihan bagi perlawanan Piala Malaysia, selain kelayakan Piala Dunia bertemu UAE Selasa ini.

 Menceritakan bibit percintaan mereka, Baddrol berkata mereka mula berkenalan lapan tahun lalu selepas masing-masing dikenalkan seorang kenalan rapat mereka dalam satu majlis makan makan.

 majlis persandingan diadakan hari ini di kediaman isterinya, manakala kenduri di sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 22 November di Taman Desa Indah, di sini. 

Sementara itu, Nur Izyan ketika ditanya mengakui personaliti Baddrol yang tenang membuatkannya sentiasa menyenanginya kehadiran pemain bola sepak itu.

 "Sepanjang perkenalan kami, saya tidak pernah nampak dia menunjukkan situasi dia sedang berada dalam keadaan tertekan...

mungkin sebab dia seorang pemain bola sepak, sebab itu dia sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. 

"Biar pun saya bukan peminat bola sepak, saya akan cuba menyelami dan menjadi peminat nombor satu Baddrol selepas ini," katanya. Credit Kitabantaiinfo


1 ulasan:


Lagi Gambar ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Reply