Video : Adoiii demi jualan murah Vincci sanggup panjat pagar (6Gambar)

Demi jualan murah kaum wanita sanggup lakukan ini, janji mereka dapat apa yang mereka inginkan ini lah yang berlaku di Jualan Murah produk Vincci.

Buktinya, lihat gambar-gambar gelagat dan telatah orang ramai yang dikongsi netizen di media sosial ketika membanjiri ‘Jualan RM15 Vincci Warehouse’ di Shah Alam, hari ini.
Apa yang mengejutkan kami, terdapat juga gambar menunjukkan aksi beberapa wanita ‘gigih’ yang sanggup memanjat dinding dan pagar untuk masuk ke tapak jualan.

CQS829AVAAEK0aOCQS829KUsAAyDx9CQTLJmzUYAEQ4E8iLKbOYs copy
Difahamkan, orang ramai telah menunggu sejak awal pagi lagi untuk membeli kasut di jualan murah tersebut. Namun, kebanyakan peminat Vincci pulang hampa kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam tapak jualan kerana terlalu sesak.
CQTK2N4UcAArfKK
Barangkali kerana melihat situasi yang tidak terkawal hari ini, pihak Vincci menerusi laman sosialnya memaklumkan jualan pada hari esok dan lusa dibatalkan atas faktor keselamatan. – MYNEWSHUB.CC