Sayu : Papa kini bersendirian setelah kehilangan mu sayang (Video)

Tragedi yang menimpa adik Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7, dan adiknya, Nur Qalisha Balqis, 6, sungguh menyayat hati, namun ini lah yang terpaksa diterima oleh ayah nya.

Kehilangan kedua-dua anak tersayang ini amat perit untuk diterima namun hanya doa dapat dikirim kepada kedua-dua anak syurga ini.

Kedua beradik ini dijumpai maut berpelukan dalam kebakaran rumah keluarga mereka di Taman Tanjung Minyak Melaka.

Mereka berdua yang tinggal bersama ayah nya setelah ibu nya terpaksa bertugas di luar negara.






Jenazah dua beradik yang rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan TM6, Taman Tanjung Minyak, di sini, semalam, selamat dikebumikan, di sini, malam tadi.

Jenazah Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7, dan adiknya, Nur Qalisha Balqis, 6, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Minyak, kira-kira 7 malam.

Lebih 50 ahli keluarga terdekat dilihat mengiringi jenazah kedua-dua beradik itu ke tanah perkuburan.

Terdahulu, jenazah dua beradik berkenaan dibawa ke rumah datuk mereka di taman perumahan sama untuk disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.-HM,Sinar