Sayu : Mayat bergelimpangan kemalangan ngeri dilebuh raya PLUS pagi tadi (10Gambar)

Ipoh : Tiga maut manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan termasuk sebuah kereta polis di Kilometer 283 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan kira-kira pukul 9.46 pagi tadi.





Menurut jurucakap bomba, tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi parah dan operasi menyelamat kini sedang dijalankan.
Kemalangan berkenaan melibatkan enam buah kenderaan termasuk empat buah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal. K! ONLINE


Lagi berita kemalangan ngeri ini ( Update )

Tiga individu maut dalam nahas membabitkan enam kenderaan termasuk sebuah kereta polis di Kilometer 283, Lebuh Raya Utara- Selatan arah Kuala Lumpur di sini, tadi. 

Menurut Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai berkata, sebuah jentera yang diketuai Abd Manap Hashim dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 pagi.

 
"Nahas berlaku membabitkan sebuah motosikal berkuasa tinggi, empat kereta termasuk sebuah kereta polis dan sebuah lori. 


"Kemalangan itu membabitkan tujuh mangsa dan tiga daripadanya disahkan maut di tempat kejadian," katanya. 


Katanya, empat mangsa lain mendapat kecederaan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Credit DTR