Sayu : Identiti ayah dan anak perempuan maut kemalangan di LPT2 malam tadi (4Gambar)

Chukai: Dua beranak maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), dekat susur keluar Plaza Tol Cheneh, dekat sini, 12.30 tengah malam tadi.

Hassan Abd Wahab, 53, dan anaknya, Hanis Sazwani, 21, yang parah di kepala serta badan maut di tempat kejadian.


Isteri Hassan, Sarimah Abdul Gulam, 53, dan anak bongsunya, Anis Sazli Zaiton,14, pula cedera di muka serta dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Cheneh selepas ke rumah abang ipar Hassan di Kampung Ibok, dekat sini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh Abd Razak Abdullah berkata, sepasukan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -HM