Sayu : 3 terbunuh kereta dipandu bertembung kren di Machang (6Gambar)

Satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta Toyata Avanza TAP 3377 hitam yang mana 2 penumpang dikhuatiri terbunuh apabila kereta tersebut bertembung dengan kenderaan berat iaitu kren.






Kejadian ini berlaku di Bukit Belah Machang Kelantan, mangsa yang terbunuh merupakan wanita, indenti mangsa masih belum dikenal pasti kes ini sedang di siasat pihak berwajib. - INFO PENUH AKAN MENYUSUL 

Petikan Harian Metro : 

Machang: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan jentera berat (kren) di Kilometer 37 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, dekat Bukit Belah, Machang, di sini, 2.15 petang, hari ini.

Pemandu lelaki berusia 51 tahun dan dua wanita berusia 36 tahun serta seorang yang belum dikenal pasti identiti maut di lokasi kejadian.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian itu MPV berkenaan dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu dipercayai cuba memotong, namun gagal sebelum melanggar jentera berat itu dari arah bertentangan.

Katanya, akibat pelanggaran itu pemandu dan dua penumpang engalami maut.

"Mereka dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat. Pemandu jentera berat tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi, di sini.