Al-fatihah : Punca remaja oku Adik Firdaus meninggal dunia di kenal pasti

Seremban : Difahamkan Firdaus sebelum itu telah pengsan di Rumah Kebajikan Sinar Harapan sebelum ambulans sampai dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Muhammad Firdaus Dullah, 16, disahkan meninggal dunia akibat sawan tengah hari tadi, ini lah punca kematian nya. 


Ibu nya Lolanopita yang dibawa oleh van kebajikan masyarakat tiba di bilik mayat jam 3.17 petang tadi.

Imbas kembali kisah adik firdaus :

Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang ditemui dalam keadaan kurus kering di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu, disahkan meninggal dunia akibat sawan kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Pada 21 Jun tahun lalu, Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyedihkan di rumahnya ketika operasi Jabatan Imigresen.

Dia yang kurus kering ditemui dikurung dalam bilik yang sangat kotor dan terdapat najis yang sudah kering.

Pada 17 November lalu, ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 41, dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban kerana mengabai dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan. Muhammad Firdaus kemudian ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban. - Al fatihah