6 Gambar : Kereta tersepit di himpit lori di Plaza Tol Jalan Duta


Shah Alam : Sebuah kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki tersepit di Plaza Tol Jalan Duta apabila ia tidak semena-mena melanggar sebuah lori yang sedang menunggu giliran untuk membayar tol.  


Menurut sumber, kejadian berlaku apabila lori itu yang sedang menunggu giliran untuk membayar tol dilanggar dari arah kanan oleh kereta terbabit.






Pemandu Proton Wira itu bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami kecederaan di bahagian hidung dan tangan.



Dia kemudiannya dihantar ke hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.



Pemandu kereta Proton Wira itu dilaporkan dalam keadaan normal ketika insiden itu.  



Pemandu lori difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan -SINAR