Video - Raut Wajah berbeza adik Firdaus dan Ibu nya Lola terkini

Perasaan hiba dan gembira jelas kelihatan di wajah jururawat wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) yang mengiringi remaja kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, untuk dibawa keluar, semalam.
Sebaik remaja terbabit menaiki van Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri di lobi utama hospital, rata-rata jururawat memeluk dan mencium serta merakam gambar terakhir bersamanya.
Perasaan kasih terpancar kerana merekalah yang menguruskan Muhammad Firdaus apabila dia dimasukkan ke wad sejak 21 Jun lalu dalam keadaan tidak terurus dengan berat badan hanya 14 kilogram (kg), namun kini mencapai 22 kg.


Ketua Jabatan Dietetik HJT Dr Basmawati Baharom berkata, Firdaus kini lebih sihat dan suka makan.


Muhammad Firdaus suka makan apa saja tetapi dia tidak suka mengunyah, jadi kami memberinya makanan lembut dan sayur-sayuran.
Walaupun Muhammad Firdaus tidak boleh bercakap, dia mempunyai cara sendiri untuk memberitahu kami sekiranya dia lapar dengan menyebut ‘meme’ berulang kali sehingga dia diberi makan, katanya ketika ditemui pemberita, semalam. HM


7 ulasan

alhamdulillah ... sudah makin sihat .

Reply

salam. alhamdulillah..

singgah sini sebelum bercuti raya esok hehe

salam jumaat & selamat hari raya serta salam kosong kosong hee ^_^

Reply

Glad to have found your site. Keep up the good work! DB Product Review

Reply

whoah this blog is great i like reading your articles.
Stay up the great work! You understand, a lot of individuals
are hunting around for this information, you could aid them greatly.



Also visit my blog post: chest drawer

Reply