Video - Neelofa berhasrat bantu tahanan lokap bersuara merdu ini !

Neelofa berhasrat bantu tahanan lokap bersuara merdu ini - Video tahanan lokap bersuara merdu ini menjadi viral di media sosial, yang mana rata-rata yang melihat video ini amat kagum dengan kemerduan suara lelaki ini mengaji.

Video ini juga menarik minat pelakon dan pengacara jelita Neelofa untuk membantu lelaki terbabit, beliau menyuarakan hasrat nya ingin membantu lelaki terbabit di laman Instagram nya beliau juga meminta pendapat peminat dan pengikut nya macam mana cara beliau boleh  membantu lelaki terbabit.


Tak pasti apa kesalahan dilakukan remaja ini sampai disumbat ke dalam lokap namun yang pasti, kemampuannya mengaji amat menyentuh hati.


Dengan suara merdu, kemampuan mendendangkan ayat suci sebaik ini dan pandangan mata yang redup, semoga tahanan ini diberi hidayah jika benar bersalah namun jika tidak, semoga keadilan berada di pihaknya.
Ada sesetengah komen di Facebook mendakwa dia merupakan hafiz yang pernah menjadi imam di Kelantan namun ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen sah. Wallahua’lam. Oleh BrotherSam