Video - Jejambat dekat stadium Piala Dunia Runtuh !


BELO HORIZONTE, Brazil: Sebuah jejambat yang sedang dibina untuk penganjuran Piala Dunia runtuh dan menimpa beberapa kenderaan di bandaraya Belo Horizonte di tenggara Brazil, membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan 22 yang lain.

Imej yang disiarkan Globo TV menunjukkan bahagian depan sebuah bas kuning remuk di bawah satu bahagian besar lebuh raya yang jatuh itu, kira-kira lima kilometer dari stadium Piala Dunia dan sedang dibina sebagai sebahagian pembangunan prasarana untuk kejohanan itu tetapi tergendala. 





seperti gempa bumi. Tanah bergegar kuat," kata Daniel Magalhaes yang berada berhampiran tempat kejadian. "Saya dengar bunyi yang kuat. Saya lihat dan nampak jejambat runtuh." 

Menurut pegawai perubatan, dua orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera, Pihak bomba sebelum ini menyatakan seorang maut dan 13 cedera. - AFP