Respect - Berdakwah guna nombor Plat Kereta pun boleh !

Berdakwah guna nombor Plat Kereta pun boleh Sebenarnya kalau nak, ada macam-macam cara untuk menyebarkan kebaikan atau dakwah, sesetengahnya perlukan daya kreatif je.
Contohnya pemilik Honda CRV ini, nombor plat keretanya membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk memandang kerana abjad dan nombor didekatkan hingga membentuk perkataan ‘ABAI5′.
Tapi bila didekati rupa-rupanya terdapat penambahan perkataan pada nombor plat hingga membentuk ayat berbunyi ‘Jangan Abai 5 Waktu’ iaitu merujuk pada ibadah solat.
Bagaimanapun, nombor ini rasanya menyalahi garis panduan ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Credit MNH