Punca - Brazil di belasah Jerman 7-1 Stadium Mineirao !

Punca Brazil di belasah Jerman 7-1 Stadium Mineirao sebentar tadi adalah kerana kelemahan pasukan mereka sendiri kehilangan Neymar dan kapten, Thiago Silva memberi mimpi buruk untuk mereka di laman sendiri.

Jerman bangkit garang mendahului 5-0 selepas berakhir babak pertama aksi separuh akhir di Stadium Mineirao, sebentar tadi.

Hadir dengan keyakinan tinggi sekalipun tanpa kelibat dua bintang utama, Neymar dan kapten, Thiago Silva, Brazil gagal menampilkan aksi seperti diharapkan malah tidak menjana sebarang serangan yang mampu mengancam kubu Jerman. 

Penyokong Brazil tidak dapat tahan kesedihan 

Jerman yang nampak lebih tersusun membuka tirai jaringan menerusi penyerang Thomas Mueller seawal minit ke-11 sebelum mengamuk meledak empat lagi gol dalam masa enam minit bermula dengan jaringan Miroslav Klose pada minit ke-23. 

Dua minit selepas Klose meledak jaringan ke-16 di Piala Dunia, Toni Kroos menambah gol ketiga Jerman dua minit kemudian sebelum menambah gol kedua peribadi seminit kemudian.

Dan jentera pertahanan Brazil terus terkapai-kapai apabila terus dibocori pada tiga minit kemudian menerusi jaringan Sami Khedira (minit ke-29) yang meletakkan tuan rumah di kedudukan mustahil untuk bangkit.

Jentera serangan Brazil jelas tidak berfungsi apabila tiada sebarang cubaan tepat berjaya dilancarkan sepanjang 45 minit pertama perlawanan dengan Jerman turut berpeluang menambah gol. Tahniah Jerman, Pada Brazil cuba lagi. Oleh Andrew Lee


3 ulasan

menangis tak berlagu la fan brazil..huhuhu

Reply
Anonymous mod

Kalau ada Neymar dgn Mamat Myanmar main pun tak boleh menang. SEbelum ni pun Brazil menang nasib je.

Reply

Dah nampak dari awal permainan Brazil biasa2 je....final insyaallag German VS Belanda

Reply