PRAY4AMMAR - Mangsa Virus JE, Jom sama-sama doa Ammar cepat sembuh !

Mangsa Virus JE, Jom sama-sama doa Ammar cepat sembuh - Seperti mana yang semua tahu Adik  Muhammad Ammar Muqrish Zulkiffli, 12 kini sedang bertarung nyawa akibat disyaki dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE).

Namun beliau kini  telah keluar daripada tahap bahaya dan kini dalam keadaan separa sedar, jom sama-sama kita doakan untuk beliau agar cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa.

Mengikut Pakar Runding Neurologi Hospital Pantai, Dr Wong Yee Choon berkata Ammar iada harapan sembuh namun pertuturan dan pergerakan anggota badannya dijangka terganggu secara kekal berikutan saraf otak yang terjejas akibat serangan virus JE.

Kami menjangka pesakit ini mengalami antara 30 dan 50 peratus 'disability' berbanding keadaannya sewaktu normal dan sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkannya, katanya.

Sempena Ramadhan yang mulia ini, diharap adik Ammar kembali pulih dan dapat bersama-sama keluarganya sempena syawal yang bakal mejelma tidak lama lagi.