Permohonan maaf di laman sosial dibuat hackers – Kiki


Wanita yang mengamuk akibat keretanya dilanggar, Siti Fairrah Ashyikin atau Kiki, mengaku tidak pernah membuat sebarang permohonan maaf di laman sosial.

Kata Kiki, akaun Facebook dan Twitternya telah diceroboh dan status yang dikemaskini semalam bukan datang daripadanya. 

Menurut laporan The Star, Kiki memberitahu, dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh mengamuk seperti itu apabila kereta Peugeot putihnya dilanggar lelaki Cina yang dikenali sebagai ‘uncle’ di kalangan pengguna laman sosial.

Kata Kiki, dia dan ‘uncle’ telah ke balai polis untuk membuat laporan selepas kejadian terbabit dan di situlah dia telah memohon maaf. Malah Kiki turut memberitahu bertemu isteri lelaki Cina terbabit dan memeluknya.

Kiki yang mengakui kesalahannya berkata, dia tidak boleh berbuat apa-apa seandainya polis mahu mendakwanya atas tuduhan samseng jalan raya. Kiki juga berjanji untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis.


1 ulasan:

salam. nak cakap apa eh? hhukhuk

Reply