Ngeri - 4 Gambar 2 maut " Tertindih " kereta Perisai Tentera terbalik di Lebuhraya PLUS !

Kuala Kangsar: Dua anggota maut manakala dua lagi cedera apabila kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, 6.40 petang tadi.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam pada jam 6.46 petang.
Ketika jentera pertama tiba di lokasi kejadian, anggota penyelamat mendapati sebuah kereta perisai terbalik dan terdapat empat anggota tentera di dalam kenderaan terbabit.


Seorang anggota tentera terbabit terkorban di tempat kejadian manakala tiga lagi dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan sebelum seorang lagi mangsa meninggal dunia," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Difahamkan, ketika kejadian kenderaan itu gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar konkrit pembahagi lebuh raya sebelum terbalik di bahu kiri jalan.
Menurut sumber, dua anggota yang meninggal dunia dikenali sebagai Sarjan Bayong A/L Burma dan Koperal Che Muhammad Fatanah Che Ismail Mohd, 31, manakala anggota yang cedera ialah pemandu kereta perisai dikenali sebagai Lans Koperal Freedy A/L Banabas, 29, dan Koperal Mohd Syarifudin Abdullah, 36. HM