Memalukan - 2 Gambar ini kah wajah penyerang seksual di NZ ?

Ini kah wajah penyerang seksual di NZ - Heboh mengenai seorang pegawai diplomatik Malaysia yang dituduh atas cubaan merompak serta gangguan seksual ke atas seorang wanita New Zealand.

Lelaki berpangkat Pegawai Waran II daripada Mindef yang dihantar bertugas selama setahun di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.

Dia ditahan polis negara berkenaan pada 9 Mei atas tuduhan cuba melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita, dengan niat untuk merogol.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah dalam satu sidang media yand diadakan di Wisma Putra di Putrajaya pada hari Selasa.
Anifah menamakan suspek sebagai Pegawai Waran II MINDEF yang bertugas sebagai Pembantu Staf Pertahanan di Wellington, Muhammad Rizalman Ismail, 38 .

Dia kini berada di Malaysia selepas pihak New Zealand pada 12 Mei lalu menawarkan alternatif untuk suspek di bawa pulang ke negara ini memandangkan dia adalah kakitangan suruhanjaya tinggi yang dilindungi di bawah kekebalan diplomatik. Credit Awani