Kejam - Budak 11 tahun diperkosa bapa saudara berusia 58 tahun !

MIRI - Polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 58 tahun selepas disyaki merogol anak saudaranya yang berusia 11 tahun.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat oleh guru mangsa pada pukul 7.30 pagi semalam.
"Kanak-kanak itu yang juga murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di Batu Niah, dipercayai tinggal dengan suspek sejak berusia lapan tahun selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya pula bekerja di Bintulu," kata Tian Kee kepada Bernama di sini hari ini.
Tambahnya, guru terbabit membuat laporan polis selepas kanak-kanak berkenaan mengadu perbuatan bapa saudaranya.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk pemeriksaan dan pegawai perubatan mengesahkan kanak-kanak itu dirogol. - Bernama