Kecewa - Dua wanita gantung kain rentang kecam teman lelaki !

NEWCASTLE :  Dua wanita bertindak menggantung kain rentang di sebatang lebuh raya menghubungkan Newcastle dan Gateshead, di sini semalam bagi membalas dendam terhadap seorang lelaki yang menipu mereka dengan menjadi teman lelaki mereka secara serentak, sehingga menarik perhatian ramai.

Kedua-dua wanita itu, Nicola Morland dan Angela Illingworth berkata, mereka bertindak demikian kerana kecewa apabila Steve Frazer menipu mereka kerana keluar dengan kedua-dua wanita itu secara serentak.

Akhbar Daily Mail melaporkan, kedua-dua wanita itu bertindak menggantung kain rentang besar dengan tulisan berwarna merah dan kuning beserta beberapa gambar mereka bersama Frazer.

Pada poster itu tertera perkataan; ‘Steve Frazer awak ditinggalkan oleh dua teman wanita anda,’ dan kain rentang tersebut menarik perhatian beribu-ribu pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

Morland yang berasal dari Washington berkata, dia terkejut dengan reaksi orang ramai ke atas kain rentang tersebut.

Cukuplah. Kami telah buktikan perkara sebenar dan perkara ini sangat menyakitkan hati, katanya, Ibu kepada Illingworth, Beatrice, yang berasal dari Birtley, Gateshead berkata, anaknya itu telah pergi bercuti ke Sepanyol.

Dia menghadapi saat sukar dan mahu menenangkan dirinya ketika ini, katanya. Credit UO