info - Wajah Cik Khaleeda bakal tunang Tunku Mahkota Johor (TMJ) !

Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih dikenali dengan TMJ bakal bertunang dengan gadis pilihan hatinya Cik Khaleeda Binti Bustaman yang berasal dari Gombak, Selangor.

Khabar angin ini dikuatkan dengan status yang dimuatnaik Kamal Hisham Jaafar, bekas peguam kerabat Johor, yang telah mengucapkan tahniah kepada TMJ untuk mendirikan masjid.



Ini pula status dari FB Johor Darul Takzim:


Nama gadis pilihan baginda, Cik Khaleeda Binti Bustaman, anak gadis bertuah yang menjadi bakal isteri kepada DYAM Tunku Mahkota Johor…. upacara merisik dan majlis pertunangan dijangka berlangsung di kediaman keluarga Cik Khaleeda di Gombak, Selangor.. kami bagi pihak admin ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT BERTUNANG BUAT DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR agar Majlis Pertunangan Diraja ini kekal sehingga ke jinjang pelamin,,, insya Allah.. amin. 




Dikhabarkan  majlis pernikahan akan berlangsung pada Oktober 2014, semoga di permudahkan segalanya untuk TMJ dan pasangannya. InsyaAllah Credit Hotlips, Nescafeais.