info - Raisha Rania nama baru Felixia selepas memeluk islam !

Raisha Rania. Cantik nama itu. Berdasarkan pemeriksaan sebentar tadi, Raisha membawa maksud “pemimpin raja“, sementara Rania pula membawa maksud ‘mempersona‘. Kiranya gabungan nama Islam Felixia Yeap ini membawa maksud ‘pemimpin yang mempersona‘. Cantik. Sesuai dengan orangnya. Panggil Raisha pun sedap didengar, panggil Rania pun best jugak.

Seperti yang kita sedia maklum, Felixia Yeap telah pun selamat memeluk agama Islam semalam. Bertempat di sebuah masjid di TTDI, Felixia telah mengucap dua kalimah syahadah kira-kira jam 6.30 petang dengan ditemani oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Tiada media yang hadir kerana Felixia enggan mendapat liputan di hari penuh bersejarahnya itu.
felixia yeap
Selamat datang diucapkan kepada Raisha Rania/Felixia Yeap. Selamat menikmati keindahan menjadi seorang muslimah. Jangan pedulikan kata-kata negatif orang ramai. Anda tahu pilihan ini adalah yang tepat. Selamat berpuasa sebagai seorang Muslimah buat pertama kali juga diucapkan kepada Felixia Yeap. Credit Abg Nara


1 ulasan:

Alhamdulillah, and welcoming her to muslim with an open heart...

Reply