Info - Pihak Bomba terkilan tugas " Tape Rekahan " jadi bahan lawak !

Pihak Bomba terkilan tugas mereka " Tape Rekahan " jadi bahan lawak - Ini lah susah nya mudah sangat membuat sesuatu gurauan terhadap sesuatu benda yang kadang-kandang boleh memperkecilkan tugas pihak lain sedang kan itu tugas penting yang telah di arahkan.

Ini lah yang berlaku kepada Pihak Bomba, Tugas mereka " Tape Rekahan " di Terowong bawah tanah yang runtuh di Jalan Imbi semalam.

Melalui facebook Bomba mereka menceritakan apa yang di lakukan mereka terhadap tempat rekahan tersebut.


Salah 1 sebab anggota letakkan PITA PELEKAT adalah untuk melihat perggerakan tanah & BUKAN UNTUK JADI BAHAN GELAK KETAWA ATAU GURAU SENDA!!!

Tanda-tanda bahaya seperti pokok tumbang, pecahan di tanah dan resapan air dari tanah yang menjunam masih amat berbahaya dan sebarang pergerakan jentera berat boleh menyebabkan tanah runtuh. Dan cara yang sebaik-baiknya ialah untuk mengawasi pergerakan tanah yang sedang berlaku dilokasi tersebut. 

Walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk menjamin keselamatan awam dan sebarang pergerakan tanah atau mendapan oleh pegawai yang menjalankan pemantauan, 

Semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada peralatan yang digunakan. Kewujudan jenis-jenis, punca-punca dan bagaimana ianya memberi kesan kepada hasil pengukuran harus DISEDARI DAN DIKETAHUI sebelum member komen yang berunsurkan GURAUAN. 

*** Jika tak tahu bertanya, dan jangan buat buat TAHU***


Itu lah penjelasan mereka pada semua pihak jangan lah berlawak tidak bertempat agar mereka-mereka ini tidak terkilan dengan apa yang di lakukan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.


1 ulasan:

Anonymous mod

Ok.fine...tpi lawak sikit tu ada laaaa..hikhik..jgn mrh abg bomber

Reply