info - Kereta Toyota Velfire Ning Baizura hilang di Hartamas !

Kereta Toyota Velfire Ning Baizura hilang di Hartamas - Pelakon dan penyanyi popular, Ning Baizura menerima dugaan besar di bulan Ramadan ini apabila difahamkan dia telah kehilangan kereta jenis MPV di Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.
Kereta MPV miliknya yang maksudkan ialah model Toyota Velfire yang berharga lebih RM300,000 dan mempunyai 7 tempat duduk derta buatan sepenuhnya dari negara Jepun.
Gambar kehilangan keretanya itu juga telah disebarkan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram sebagai platform kepada orang ramai sekiranya terjumpa, boleh hubungi ditalian yang tertera.
Cuba nak dapatkan komen Ning mengenai kehilangan kereta ini namun atas sebab-sebab tertentu dia tidak mahu mengulas lanjut. Kemungkinan serahkan sahaja pihak berkuasa seperti polis menyiasat kes ini sehingga selesai.
Apa-apa pun, simpati dengan kehilangan kereta MPV itu dan diharapkan Ning Baizura bersabar dengan ujian ini, doakan agar kereta itu ditemui secepat yang mungkin. Credit Murai