Hot - Wanita akil baligh harus menutup aurat, termasuk rambut !

“Tiada apa yang perlu diperjelaskan mengenai saya bertudung. Menurut hukum, wanita akil baligh harus menutup aurat, termasuk rambut di kepala,” jelas pelakon Bella Dally, 23, mengenai perubahan dirinya.
Keputusan dibuat Bella dilihat drastik memandangkan dia baru dalam industri. Sebagai pelakon, tampil berhijab bermakna ada batasan harus dijaga apabila bekerja.
Secara tidak langsung, ia me­ngehadkan perkembangan kerjayanya kerana hanya boleh melakonkan watak tertentu.
Bella yang mula berhijab tiga bulan lalu berkata, perubahan itu dilakukan kerana memenuhi tuntutan sebagai wanita Islam.
Katanya, ketenangan jiwa didahulukan berbanding pandangan umum membabitkan perubahan yang datang dari keikhlasan hatinya yang mahu lebih dekat dengan Maha Pencipta.
“Sebelum ini apabila tidak bertudung, saya berasa tidak tenang walaupun dalam waktu sama perkara wajib lain dilaksanakan. Selagi yang satu ini (menutup kepala) tidak dilakukan, saya rasa hidup tidak sempurna. Credit HM