Hot - Luahan Emma di Instagram, hubungan dengan Zizan bergolak ?

Luahan Emma di Instagram adakah hubungan dengan Zizan bergolakNampaknya nama Zizan Razak dan Emma Maembong agak ‘hot’ sekitar dua tiga minggu kebelakangan ni. Saban hari ada sahaja isu yang melibatkan merpati dua sejoli ini.

Dikatakan menjadi ‘dalang’ kepada konflik Wirefame Entertainmet (WFE), Emma Maembong bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan ingin pihak yang menuduhnya itu mengemukakan bukti.
Namun, sekeping foto yang dimuat naik Emma di laman Instagramnya menjadi perhatian ramai sekaligus menganggap bahawa hubungan pasangan tersebut kini sedang bergolak.
Menerusi ruangan komen, ramai peminat yang menasihati Emma supaya bersabar dengan dugaan sepanjang bercinta yang sudah tentu ada pasang surutnya.
Adakah luahan perasaan itu ada kena mengena dengan hubungan mereka ? Hanya Emma dan Zizan yang boleh menjawab pertanyaan tersebut.
Jika benar percintaan mereka sedang bergolak, diharapkan mereka dapat menemui jalan penyelamat bagi hubungan mereka. Adat orang bercinta, sudah tentu ada dugaanya kan. Credit OH Bulan