Hot - Kes Orang Terkaya Dunia - Umie Aida di beri hadiah RM 80000 ?

Isu Orang Terkaya Dunia - Umie Aida di beri hadiah RM 80000 INGATKAH anda dengan papan iklan bertajuk ‘Iklan ‘Bakal Orang Terkaya Di Dunia’ Di Pulau Pinang Akan Diturunkan’ yang disiarkan dua hari lalu.

Rupa-rupanya, syarikat jualan langsung yang dinamakan YSLM itu pernah menawarkan pelakon dan penyanyi, Datin Umie Aida untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka bagi tujuan aktiviti amal dan kebajikan, memetik Murai.com.

Syarikat tersebut turut memberikannya hadiah wang tunai sebanyak RM80,000, namun dia mengambil keputusan untuk memulangkannya pada keesokan harinya.

“Pada awalnya, saya bersetuju tetapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa membatalkan niat untuk menjadi artis naungan syarikat tersebut.

“Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik kepada pihak-pihak yang mengambil gambar-gambar saya pada hari berkenaan agar tidak menggunakan gambar tersebut untuk kepentingan syarikat.

“Sekiranya gambar-gambar saya digunakan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin tegaskan sekali lagi di sini bahawa saya bukan artis atau duta YSLM. Saya hanya duta kepada Phytoscience Stemcell dan tetapi serta masih setia bersama mereka,” jelasnya.

Kami setuju dengan keputusan Umie itu kerana bukan sedikit cerita yang sudah kami dengar mengenai syarikat tersebut.

Bak kata orang, beringat sebelum terkena…tak gitu ? semoga perkara-perkara seperti ini tidak juga terkena kepada orang ramai yang mudah terpedaya dengan pihak-pihak seperti ini. Credit MNH


1 ulasan:

strategi nak tarik org,konon artis femes jd duta la apa la..

Reply