Hot - Berjaya rakam visual ‘toyol’ jadi kritikan !

Pagi ini Akhbar Sinar Harian Online ada siarkan artikal " Berjaya rakam visual ‘toyol’ maka ramai lah para pembaca cuba cari gambar toyol yang di rakam CCTV tersebut namun mereka HAMPA kerana tidak dapat melihat image tersebut hanya perkataan Sinar Harian yang jelas kelihatan maka ramai lah yang komen di FB Sinar Harian mengenai apa motif sebenar tajuk itu.

Ini lah antara-antara pembaca yang komen di web tersebut.

Ini Pula Petikan Artikal Sinar : 

- PETALING JAYA :  Tiga kali premis dipecah masuk membuatkan seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sungai Kayu Ara memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan penceroboh.

Huzaifah Mohd Yatim, 25, terkejut selepas CCTV itu berjaya merakam visual seorang kanak-kanak sedang menggeledah barangan  dan mencuri wang yang disimpan dalam kedai jam 2.50 pagi 20 Jun lalu.

“Kanak-kanak itu mengaku  masuk ke dalam kedai melalui lubang kecil celah dinding papan kedai yang reput,” katanya.

Menurutnya, perangkap itu sengaja dibuat bagi mengesan pencuri yang menjadi buah mulut penduduk kampung itu selama ini. AKAN MENYUSUL

Bagi admin pula apa yang di maksudkan " Toyol " dalam artikal tersebut adalah seorang kanak-kanak yang masuk kedai runcit itu untuk mencuri melalui  celah di dinding reput kedai tersebut itu lah maksud sebenar " Toyol ".

Ini lah yang menjadi perdebatan dan kritikan pembaca, namun apa pun pembaca berhak berbuat demikian kerana mereka rasa keliru dengan tajuk artikal tersebut.