Gambar -Wajah wanita NZ yang cuba di perkosa diplomat di dedahkan !

Wajah wanita diserang seksual diplomat di dedahkan -Wanita New Zealand yang mendakwa diplomat Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail melakukan serangan seksual di kediamannya akhirnya tampil mendedahkan identitinya kepada umum menerusi wawancara bersama stesen televisyen tempatan, semalam.

Tania Rose Billingsley, 21, membuat pendedahan itu selepas Mahkamah Daerah Wellington menarik balik sekatan ke atas identitinya yang dilindungi mengikut undang-undang negara tersebut.

Ketika diwawancara stesen TV terbabit, Billingsley tidak menceritakan dengan lebih terperinci mengenai insiden menggemparkan itu, sebaliknya dia hanya menyatakan rasa tidak puas hati kerana Rizalman dibenarkan meninggalkan New Zealand.

Pada 9 Mei lalu, diplomat Malaysia itu ditahan dan dihadapkan ke mahkamah sehari selepas itu atas dakwaan melakukan serangan seksual dan cubaan untuk memecah masuk rumah mangsa.

Bagaimanapun, beliau dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei lalu susulan daripada pertikaian beberapa isu diplomatik, dipetik dari laporan stuff.co.nz.