5 Gambar - Terowong bawah tanah Jalan Imbi runtuh pagi tadi !

KUALA LUMPUR : Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi.
      
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan,katanya di tempat kejadian.
      
Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan. - Bernama/TV3


1 ulasan:

terkejut gak dengar berita nih.

Reply