12 Gambar - Gaza berdarah lagi, bedilan maut di kala waktu sahur !

GENTING GAZA - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 12 terbunuh apabila pesawat tempur tentera Israel melepaskan bedilan roket ke Semenanjung Gaza bermula awal pagi semalam dalam kempen terbaru rejim Zionis di wilayah bergolak itu.

Di tengah Gaza seorang lelaki terbunuh berhampiran kem pelarian Nusseirat diikuti empat yang lain di dalam sebuah kereta maut selepas terkena bedilan roket Israel.

Tujuh lagi terkorban dan 25 yang lain cedera apabila bedilan roket Israel terkena sebuah rumah di Khan Younis di selatan Gaza. Identiti mereka bagaimanapun belum dikenal pasti.










Presiden Mahmus Abbas mendesak Israel menghentikan segera kempen serangannya dan menggesa dunia mengenakan tekanan ke atas kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Bagaimanapun, Kabinet Israel dijangka memanggil kira-kira 40,000 anggota pasukan simpanannya untuk meningkatkan serangan ke wilayah terbabit.

Pesawat tempur Israel membedil lebih 50 sasaran di Gaza awal semalam selepas pejuang Hamas melancarkan roket merentasi sempadan. Credit Sinar, Dailymail