[ Video ] Wajah menyedihkan budak kurus kering di kurung di Nilai !


Video wajah menyedihkan budak kurus kering di kurung di Nilai - Ekoran Seorang budak tempatan yang di jumpai di Flat Taman semarak Nilai, kini Video penumuan itu tersebar yang mana amat menyedihkan melihat budak tersebut yang  kurus kering dan kecil seperti kanak-kanak.

Beliau ketika di jumpai hanya memakai baju reput, manakala persekitaran bilik rumah pangsa di Taman Semarak, dipenuhi tanah dan najis.
Operasi diketuai oleh Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman bersama 115 anggota Imigresen, 30 anggota RELA, empat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan lima Jabatan Pendaftaran Negara, menyerbu kawasan rumah pangsa itu, kira-kira jam 2 pagi tadi.
Faizal berkata, rumah itu diserbu kerana dikatakan didiami pendatang tanpa izin, tetapi apabila memasuki sebuah bilik, beliau menyangka menemui mayat, tetapi terperanjat apabila melihat seorang budak OKU yang bergerak, buda itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.