[ Terkini ] Tiga pelajar wanita " Pailang " kes buli didakwa akhir bulan !

Kota Samarahan: Nasib tiga pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah, di sini yang didakwa membelasah seorang lagi pelajar akan ditentukan hujung bulan ini selepas kes berkenaan dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhamad Sabtu Osman berkata, ketiga-tiga pelajar terbabit yang ditahan dan dibebaskan minggu lalu akan dibawa ke mahkamah untuk dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Beliau berkata, bagaimanapun, seorang daripada mereka iaitu tertuduh pertama dikenakan dua pertuduhan termasuk Seksyen 506, kanun sama kerana ugutan jenayah.
“Tertuduh pertama dikenakan dua pertuduhan termasuk Seksyen, 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut akan memukul mangsa sekiranya memberitahu perkara itu kepada keluarga.
“Polis sudah menyiapkan kertas laporan untuk membawa kes ini ke mahkamah bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap mereka. Kes ini dibawa ke mahkamah selepas kami menerima arahan daripada Peguam Kanan Persekutuan Sarawak Yaacub Chik pagi tadi (semalam),” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar, semalam.
Sementara itu, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian berlaku di sekolah terbabit.
Beliau berkata, pengurusan sekolah akan mengambil tindakan susulan selepas menerima laporan polis yang dibuat ibu bapa pelajar tingkatan tiga yang juga mangsa.
“Saya sudah dimaklumkan pengurusan sekolah mengenai insiden ini dan keputusan terakhir bergantung ke sekolah, sama ada membuang atau mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Dalam kejadian, itu, seorang pelajar perempuan menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng sebelum perbuatan itu dirakam salah seorang suspek.
Video yang tidak diketahui tarikh rakaman itu kemudian dimuat naik dan kini tersebar di Facebook menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.
Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.
Mangsa bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.
Mangsa dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.
Susulan penyebaran video itu, keluarga mangsa kemudian membuat laporan sebelum pelajar terbabit ditahan untuk siasatan lanjut. Pelajar itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. Credit HM


4 ulasan

Budak sarawak nie makin hari makin menjadi. Nak tunjuk hero lah kan. Isk isk tak tahu cik akak nak kata apa sham. Sebab terlebih ilmu kot tu yang hilang arah huhu

Reply

X semua bdak sarawak mcm tuk..yg trbaru video kes buli budak prmpuan dri terengganu..so nak cakap budak terengganu jgak ke cik kak oii..

Reply

X semua bdak sarawak mcm tuk..yg trbaru video kes buli budak prmpuan dri terengganu..so nak cakap budak terengganu jgak ke cik kak oii..

Reply
Anonymous mod

you are being racist lh Nao Mei .. xsemua bdh Sarawak jahat.

Reply