[ Terkini ] Tiada MC `penyakit Piala Dunia 2014’ - Menteri Kesihatan !

Melaka: Semua pengamal perubatan di negara ini diminta supaya tidak memberikan cuti sakit (MC) kepada pesakit `Piala Dunia 2014'.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, mengikut etika profesional kedoktoran cuti sakit hanya boleh diberikan pesakit yang layak.
Semua pengamal perubatan sudah mendapat latihan mencukupi untuk mengenal pasti pesakit bagi membezakan antara mereka yang benar-benar sakit dan memerlukan cuti sakit atau mereka yang menghidap penyakit 'Piala Dunia'.
Justeru pengamal perubatan diminta supaya jangan memberikan cuti sakit kepada pesakit yang menghidap penyakit 'Piala Dunia' sebaliknya ia diberikan kepada pesakit yang layak," katanya. Credit HM