[ Terkini ] Sah mayat lemas milik pembunuh adik Siti Soffea Emelda !

Sah mayat milik pembunuh adik Siti Soffea Emelda yang di jumpai di Sungai Klang Polis hari ini mengesahkan suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan, Siti Soffea Emelda, memiliki empat rekod jenayah lampau dan baru dua bulan dibebaskan dari penjara atas kesalahan memiliki senjata berbahaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kanan Gan Kong Meng berkata, suspek berusia 27 tahun itu disahkan warga tempatan berasal dari Kulim, Kedah dan memiliki dua rekod kesalahan dadah selain mencuri kenderaan serta memiliki senjata berbahaya.
Suspek dikesan menetap di Lorong Tiong Nam, Jalan Raja Laut, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Kong Meng berkata, dengan pengesahan laporan cap jari yang diperoleh polis, waris si mati yang berada di Sungai Petani dan Kulim akan dihubungi untuk membuat pengecaman ke atas mayat dan seterusnya urusan penyerahan untuk pengebumian.
Polis turut mengesahkan mayat lelaki yang ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Sunway pada Sabtu lepas, adalah suspek kes pembunuhan Siti Soffea Emelda. Credit Bernama