[ Terkini ] Remaja 16 tahun lemas, percutian di pantai jadi tragedi !

Alor Gajah: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dipercayai lemas ketika mandi di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, pagi tadi.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, mangsa Mohd Firdaus Azman, bersama ibu dan bapa enam adik-beradik lain dari Kampung Parit Kemang, Senggarang, Johor, lemas ketika bermain bola di pantai itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Penolong Penguasa Bomba, Shamsul Fuad Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan awam jam 7.44 pagi mengenai seorang mangsa lemas di Pantai Pengkalan Balak.

Usaha mencari mangsa sedang dijalankan di sekitar lokasi kejadian dan unit skuba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu akan digunakan dalam usaha mengesan mangsa.

Mangsa lemas di Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka dijumpai jam 11.05 pagi tadi , Al-fatihah salam takziah. Credit HM, TV3 .