[ Terkini ] Dua orang lagi di culik awal pagi tadi di Semporna !

Lagi kes penculikan berlaku di Sempoerna. Seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum suluk dilapor diculik dua lelaki bersenjata.

Kejadian berlaku lewat malam tadi di Kampung Sapang, Barat Pulau Timbun Mata. Mangsa dikenali Chan Sai Chiun, 32, berasal dari Perak dan seorang lagi pemuda berusia lingkungan 20-an hanya dikenali sebagai Mazlan.

Difahamkan, pengusaha berusia 32 tahun dan pekerjanya, 20, dilarikan empat lelaki bersenjata yang menaiki sebuah bot. 

Dua daripada suspek naik ke atas rumah berkenaan manakala dua lagi menunggu di bot sebelum melarikan kedua-dua mangsa ke perairan antarabangsa.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan mangsa diculik kira-kira 12.40 tengah malam tadi di pusat ternakan ikan milik syarikat Davel Bay. 


3 ulasan

aiyark..
trending pulak kes culik kat sana,
nk jadi kes besar ker apa nie.

Reply

Takut pulak nk melancong ke sana lagi. Macam dah tak selamat je sabah ni

Reply

Nampaknya pihak berkuasa tidak mampu berbuat apa2 untuk mengatasi kes2 penculikan. Satu2nya cara terbaik adalah dengan menangkap dan menghantar PTI Filipina balik ke negara asal mereka.

Reply