[ Terkini ] AJK PAS Pusat meninggal dunia kemalangan awal pagi tadi !

KUALA LUMPUR-Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), pagi tadi .
Menurut laman web Astro Awani, kereta yang dipandu Allahyarham dan pembantunya, Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil  jam 3.16 pagi.

Allahyarham meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu dan pembantunya dilaporkan cedera.

Kereta yang dinaiki Allahyarham dikatakan melanggar sebuah van yang dinaiki enam penumpang dan sebaik sahaja Allahyarham dan pembantunya itu dibawa keluar, kereta yang dinaiki mereka terbakar.

Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman (MTT) Tok Jiring untuk disolat sebelum dikebumikan. Al-fatihah dan Salam Takziah untuk keluarga beliau.